cinta abadi hanya milik ALLAH. aku suka menulis..kadang-kadang tak tahu apa yang aku tulis imiginasi aku je...
Jumaat, 25 November 2011
pergobanan seorang ibu rasailah
Orang kata aku lahir dari perut mak... (Bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... Mak...
Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak..
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... Mak...
Bila nangis, orang pertama yang datang .... Mak...
Bila nak bermanja, aku dekati....... Mak..
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak..
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak..
Bila nakal, yang memarahi aku.... Mak..
Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak..
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... Mak..
Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak...
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak..
Aku selalu teringatkan ..... Mak..
Bila sedih, aku mesti talipon... Mak..
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak..
Bila bengang.. aku suka luah pada.. Mak..
Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak..
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... Mak..
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... Mak..
Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak..
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak..
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... Mak..
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... Mak..
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... Mak..
Yang selalu berleter kat aku... Mak..
Yang selalu puji aku.... Mak..
Yang selalu nasihat aku...... Mak..
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... Mak..
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.... Pasanganku..
Bila sedih, aku cari..... Mak..
Bila berjaya, aku ceritakan pada.... Pasanganku..
Bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak..
Bila bahagia, aku peluk erat....Pasanganku..
Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku..
Bila nak bercuti, aku bawa.... Pasanganku..
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak..
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada Pasanganku..
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... Aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila.... Aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak..
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
"Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
"MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....!!"
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Jika kamu menyayangi ibumu, "Share" kanlah Status ini kepada sahabat- sahabat anda di Facebook anda..Saya sayang MAK saya.
adaptasi dari cerita seorang sahabat.....
kasihnya ibu...tiada tandingan.....kasih nya bapa sangup berkorban kasihnya anak....??????...fikir-fikirkan.lah..apa yg kita berikan pada mereka.....
Selasa, 12 Julai 2011

BACA LA...
petang2 yang agak panas ni aku tergatal tgan untuk taip entry baru...bnyak yang aku draf tapi xterpos ajer...kemalasan melande...dahla malas nak publish.
Aku Hanyalah Seorang Hamba
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.
Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur." sunguh mulia nya rasulluh....adakah kita seorang hamba yang bersyukur....wallahualam.
*
Jumaat, 1 Julai 2011
Sebuah cerita…..wanita solehah (Mashitah)
Sebuah cerita…..wanita solehah (Mashitah)
Assalamualaikum dan salam kesejahteraan…
jom kita mendalami tentang MASHITAH wanita yang beriman kental dan membela agamanya sehingga sanggup mengorbankan keluarganya yang tercinta. Nama wanita yang disebutkan itu ialah MASHITAH .Siapakah Mashitah? mungkin ada di antara pembaca yang dah tahu cerita ini dan tak kurang juga yang tak pernah dengar cerita tentang mashitah ini.
Mashitah ialah seorang wanita yang menjadi dayang pengasuh anak2 Firaun atau dalam kata lain beliau ini kerjanya sebagai tukang sikat rambut anak2 firaun.
Siapa yang tidak kenal dengan Firaun , Raja Mesir yang paling zalim dan kejam , selalu membunuh orang2 yang beriman. Dia juga sangat kuat perkasa dan mempunyai bala tentera yang besar , banyak dan kuat. Firaun juga tak pernah sakit . Bukan macam kita kena hujan sikit dah selsema lah, batuklah tak kurang juga ada yang demam. Oleh kerana kesihatannya yang kekal itulah Firaun menjadi sombong dan bongkak sehingga mengaku ndirinya sebagai Tuhan. Dan menyuruh semua rakyatnya menyembah dirinya.
Sehinggalah pada suatu hari Mashitah sedang menyikat rambut anak perempuan Firaun dan tidak semena2 sikat yang dipegangnya itu terjatuh, lalu Mashitah pun mengucapkan Allah! Anak perempuan Firaun pun melaporkan kejadian itu kepada Raja Firaun. Lalu Firaun pun memerintahkan pengawal semua menangkap keluarga Mashitah yang terdiri dari suaminya, dan (2 anaknya ) yang besar dan seorang yang masih bayi.. Dan Raja Firaun juga memerintahkan supaya pengawal memasak air dalam periuk besar ( mcm kawah la kot) dangan tujuan untuk merebus Mashitah dan ahli keluarganya. Ya Allah takutnya…apa terjadi seterusnya…
Untuk kali pertama Raja Firaun menyoal Mashitah ” Mashitah siapakah tuhan kamu?” . “Allah ” jawab Mashitah. Lalu Raja Firaun menyuruh pengwalnya menolak suami Mashitah kedalam periuk besar yang sedang mendidih airnya itu, meninggallah suami Mashiatah. Kali kedua Raja Firaun yang zalim bertanya lagi solan yang sama dan jawapan Mashitah tetap juga serupa Tuhanku Allah, Pengawal menolak pula anak sulung Mashitah. Alangkah hiba dan sedihnya Mashitah waktu itu. Tapi di kuatkannya juga imannya. Dan pada kali yang terakhirnya, apabila Mashitah ditanya lagi oleh Raja Firaun dan anaknya yang masih bayi itu telah sedia dipegang oleh pengawal untuk dicampak ke dalam periuk air panas itu Mashitah mula dihasut Syaitan.. seperti mahu saja dia mengaku yang Raja Firaun itu Tuhannya, Tetapi kuasa Allah mengatasi segala… dengan izin Allah anak kecilnya yang masih bayi itu tiba2 bersuara…” Jangan takut duhai ibuku…Allah telah janjikan syurga buat kita sekeluarga…” tanpa berlengah lagi Mashitah terus merebut bayinya itu dan dia beserta bayinya melompat kedalam periuk besar yang berisi air panas mendidih. matilah semua keluarga Mashitah.
Sungguh sedih dan tragis kematian Keluarga Mashitah , sungguh kuat iman didadanya. Itulah contoh wanita yang patut kita teladani. Sebagi balasannya…dalam perjalananan Nabi saw dalam Israk Mikrajnya beliau terbau haruman yang sangat wangi. Lalu Nabi saw bertanya kepada Jibril bau apakah yang sangat wangi ini wahai Jibril. Jibril menjawab ini lah wangian dari pusara Mashitah.
Wallahhua’alam…
Jumaat, 11 Mac 2011
HATI UNTUK MU...
"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."
Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?"
Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila sisuami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."
Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan." SABDA RASULLULAH SWA...AMIN
